Sikap & Contoh Yang Baik.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam, maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal, tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka, dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam, maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia, tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka".





























Madah Renungan Minggu ini.

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.






























Best viewed with Mozilla Firefox !