Berita Terkini KAFA Online :

Sebarang berita terkini mengenai Guru-Guru KAFA secara umumnya, dan Guru-Guru KAFA dalam Daerah Kuala Kangsar secara khususnya, maka pihak kami akan memaklumkan secara terus melalui halaman ini.
_______________________________________________________

JAWATAN KOSONG GURU AGAMA SELURUH MALAYSIA [ 01-05-2011 ].
Anda Guru Agama? atau Guru Al-Quran?
Ingin mengajar sepenuh masa atau sambilan?
Jadilah kakitangan kami di Seluruh Malaysia.
> Jika anda berminat, sila Klik Disini untuk maklumat lanjut.

PELANCARAN WEBSITE BARU KAFA KUALA KANGSAR [ 02-02-2011 ]. 
Kelab Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar kini telah berjaya mewujudkan satu website baru yang berwajah baru yang lebih teratur dan lebih baik, bagi menggantikan website lama dahulu. Kini alamat website KAFA Daerah Kuala Kangsar yang terkini adalah www.kafa-online.blogspot.com. Harap maklum. 

PENYELIA KAFA BARU & PEMBANTU PENYELIA KAFA BARU.
Penyelia KAFA Daerah Kuala Kangsar yang baru kini ialah Noor Hasliza Binti Abdul Majid dan Pembantu Penyelia KAFA Daerah Kuala Kangsar yang baru kini ialah En. Mohd Saberi Bin Ramli. Harap maklum. 

PENYELIA KAFA BERTUKAR JAWATAN. 
Penyelia KAFA Daerah Kuala Kangsar iaitu En. Mohd Hafiz Bin Abdul Hamid telah bertukar jawatan. Pihak Kelab Guru-Guru KAFA KK, Persatuan Guru-Guru KAFA KK dan Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan beliau untuk KAFA Daerah Kuala Kangsar ini. Selamat maju jaya dari kami semua.






Best viewed with Mozilla Firefox !